Pautan
| PIAGAM PELANGGANKami Warga Sekolah Kebangsaan Sarikei, Sarikei dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan sepenuh tenaga dan usaha kami untuk : •Mempastikan murid-murid mendapat tempat dan mula belajar pada hari pertama persekolahan dan menerima pendidikan seimbang daripada guru-guru yang cekap, berketrampilan dan penyayang pada setiap masa. •Memastikan setiap murid mendapat manfaat sepenuhnya daripada kegiatan kokurikulum, program-program kebajikan dan khidmat sokongan sepanjang masa persekolahan mereka. •Memastikan ujian dilaksanakan tanpa kebocoran dan cacat cela. •Memastikan kebersihan kelas dijaga setiap waktu dan kerja pembersihan di kawasan sekolah dijalankan secara teratur pada masa-masa yang ditetapkan. •Memastikan murid-murid yang sakit / cedera diberi rawatan atau dirujuk kepada klinik / hospital dengan serta merta. •Mengurus dan menyelesaikan perkara yang berkaitan perkhidmatan personal dari segi perlantikan, pengesahan, kemasukan ke jawatan berpencen dan lain-lain dilakukan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh penerimaan. •Memastikan semua kerosakan secara semulajadi dilapor kepada pihak berkuasa untuk pembaikan dalam tempoh 2 minggu selepas laporan diterima. •Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina dari semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik. •Menampilkan budaya kerja yang cemerlang dan meningkatkan semangat kerja berpasukan di kalangan warga sekolah. •Memantapkan kepimpinan yang berkesan di semua peringkat guru-guru Penolong Kanan, guru-guru, anggota kakitangan sokongan dan murid dengan mengadakan sesi perkembangan staf dan bengkel ilmu pengetahuan terkini secara berterusan. •Meningkatkan hubungan yang akrab dan semangat permuafakatan yang tinggi dengan semua pelanggan atau “stakeholders”. •Melaksanakan semua arahan dan dasar Pejabat Pelajaran Daerah Sibu, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia. |